Tuesday 29 April 2014

Hari yang pilu

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum W.H.T & Selamat pagi...

HUisshhh.... Lama dh tak jengok umah ni. Kadang2 idea untuk berblog ni ade pasang surutnya. Dh hampir 3 minggu takde post baru. KENAPA??? Entah la,mungkin terlalu sibuk dengan hal2 lain. Maklum la, sy ni kan bekerja. pegi pagi, balik malam, badan pn rasa tak larat dh. Umur belum mauk 3 series lg. tp, dh rs mcm 4series. Ape nk jd??? Em..... Semangat hilang entah ke mana.


Friday 4 April 2014

Islam Sudah Menganjurkan Yang Terbaik Untuk Umatnya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum W.H.T


Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri?
Ternyata secara medik, dalam tubuh manusia terdapat penyaring Sfinger. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh Sfriner berkenaan kerana tertutup. Air yang tidak disaring oleh sfringer langsung masuk ke dalam kantung kernih, dapat menyebabkan penyakit kristal ginjal. SUBHANALLAH.... Setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat untuk umatnya.
Terapi air putih :
1) Minum 2 gelas setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ dalaman.
2) Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3) Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah.
4) Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

Mari berkongsi tips sihat bersama kaum keluarga/kawan-kawan/saudara mara.. Wallahu'alam..


Buat Duit Dengan Blog??? Macam Mane?

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, menjadikan isteri terpaksa keluar bekerja untuk membantu suami. Kalau ikut saya? Mmg nak jadi suri rumah tapi, dalam masa yang sama, ada sesuatu yang saya buat. Tak kisah la ape pun, tp sesuatu yang boleh menambah pendapatan tanpa perlu terikat dengan waktu kerja. Dok umh, leh uruskan hal berkaitan rumah, suami dan anak2. Rasanya, ramai kot kaum-kaum ibu yang di luar sana tu, mempunyai keinginan yang sama dengan saya ni. Bila kita dah ada keluarga, kita akan lebih berfikiran ke arah keluarga la. Nak makan sedap2 dgn kawan ofis pn, teringat anak n suami. Jadi, mmg semua keinginan ibu-ibu untuk melihat anak membesar dpn mata dan dapat uruskan suami dengan sebaiknya. Rumah pn, nmpk la kemas sikit. Tak la hujung minggu br berhempas pulas kemas rumah yang macam tongkang pecah.
Hr ni ber'blog-walking' untuk cari cara untuk buat duit dengan blog. Ade la dpt info sikit. boleh klik cni
Kena register Adsense dlu. Tp, blog saya tak boleh sebab belom 6 bulan. So, kn tggu dlu la jwbnya...^ _^ 6 bulan? Em.... Leh smbil plan adik utk Amsyar. Ha???? Adik Amsyar?? 
Heeheheheh....

Thursday 3 April 2014

Tetapkan MATLAMAT!!!

Orang Yang Berjaya Dalam Hidup Adalah Orang Yang Nampak Tujuannya Dengan Jelas Dan Menjurus Kepadanya Tanpa Menyimpang.
~Cecil B. Demille~


So, kn tetapkan matlamat hari ni. Dan bertindak sekarang. Jangan bertangguh lagi, Huda. Fokus and go for IT!!! Do It Now!!!
mode : Semangat berkobar-kobar

Lepas ni TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI!!!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


1) Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi waktu Subuh atau warna biru muda mempunyai rahsia berkaitan dengan rezeki/penawar dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
3. Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
4. Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
5. Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah S.W.T tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W T mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
Astaghfirullah al Azim....Allah MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Betapa selama ini kita alpa dan ingkar perintahnya sedangkan perancangan-Nya adalah yang terbaik. 

Friday 28 March 2014

Masih di Ofis

Em.... Dah tamat waktu bekerja. Tp, msh setia dok kt ofis. Punca?? My Hubby mcm biasa, blk lwt.. Kul 7 td cal, ckp OTW amik amsyar. So, smpai nk amik sy kul 8 la jwbnya...
Ape nak bt? menjengah la ke blog blogger2 lain. Nk cari kwn2 blogger yg br nk start mcm sy ni. Tp, cr2 tgk suma pn mcm dh lm dh... Xde ke yg baru2?

Cerita pagi Jumaat

Kruk.. Krak.. Kruk.. Krak...
Aik, perut berbunyi. Memang la...xsempat bekpes pagi ni. Dpt emel dr bos pukul 2.30am.. "Please see me first thing in the morning to discuss xxxxxxx". 2.30am?? Mmg xtdo kot bos sy ni. Knp die e-mel?? Sbb klu die cal, mmg sy xangkat la. Giler 2 pg? Klu terjaga pn, bt2 xterjaga. I'm not a very comitted person. Waktu keje, kite keje. Abis waktu keje, tggl la keje. Hahaha...First thing!! So, msuk 7.30pg, relax dlu, tgk bos pn lom online. Mksdnya die lom sampai la tu. Kul 8, cal bos, die suh trus jmpa die. Skrg, pukul 10.35 pg. Masih dlm bilik meeting. (sempat lg nk update blog).hahahaha.... Sbb bos kuar. Bos lg besar pggl bos sy. (so, mmg sy ni bkn bos la kn??? hanya orang2 bawahan je..)
Ok, share sikit tazkirah untuk hari ni. Untuk peringatan diri sendiri dan marilah kita sama-sama amalkan..


Thursday 27 March 2014

Salam Permulaan..

Assalamualaikum w.b.t
Wow... terhasillah blog dan mula pasang cita2 utk update blog setiap hari. Sbnarny, dh lama teringin nk ada blog bila selalu sgt tgk blog org2 lain @ kawan-kawan. Sblm ni pn, dh penah create, tp hilang camtu je... Mudah2an, kali ni, mmg menjadi dan boleh menjadi "stepping stone" utk sy menggapai cita-cita. (owowowow).
Tujuan?? Em..... utk cerita ape2 je yang terlintas kot. family, kerjaya, kawan2, environment, diri sendiri, masyarakat dan ape je la. Mgkn juga untuk melepaskan apa yang terpendam di hati. Sbb sy ni bkn jenis yang byk ckp. Lbh suka memerhati. Suka berkawan, tp tak pandai nk mulakan berkawan. macam pelik kan?? :)
Amsyar?? hari ni genap 2 tahun 6 bulan. Belom 3 tahun tau. Pg td sembang ngn My Hubby psl smlm de terbaca 1 artikel berkaitan karenah anak 3 tahun. Xingat sumber dr mana. Faktor umur, cepat lupa dh. hihihi.. Artikel tu ckp, klu anak umur 3 tahun, tp msh ckp hjung2 je anak tu dlm kategori lmbt bercakap. Cth: kalau kite tany, amsyar nk makan ape? nasi ke mee?? die akan jwb mee. klu kite tny nk makan mee or nasi? die akan jwb nasi. (em...... sebijik cm amsyar). SOOOO... kite yang jd mak ni, msti la xnak anak kite dlm kategori lmbt kn??? huhuhuhu.... Conclusion : Amsyar lom 3 tahun... br 2 tahun 6 bulan... (yes!!!!)

Yuhuu............